Pages

Sunday, June 27, 2010

Uzlahkan hati kita

Tiada sesuatu pun yang lebih bermanfaat bagi hati sebagaimana uzlah (pemencilan diri). Kerana dengan memasuki uzlah, alam pemikiran kita akan menjadi lapang.”


Ada waktunya, kita perlu untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk manusia. Terutamanya bila diri rasa kurangnya kemanisan dalam beribadah. Itu tandanya hati kita telah tenat. Dan telah sampai masanya untuk kita servis balik iman kita.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada umatku adalah, lemahnya keyakinan (iman).” Dan lemahnya keyakinan itu hanya akan terjadi kerana pengaruh melihat orang-orang yang lalai dan bergaul dengan orang- orang yang suka berbuat kebatilan dan kekerasan.

Dan untuk lari dari keadaan seperti ini, kita perlu beruzlah.


Uzlah badaniah


Lari dan duduk soranng2 tanpa bergaul dengan masyarakat. Kita berpindah dari masyarakat yang kurang baik kepada yang lebih baik. Atau kita bentuk masyarakat yang baik, dan hiduplah bersama2 dengan kelompok ni.

Cara ni bagus, tapi nanti kita pula yang akan jadi masyarakat pinggiran dan baik sorang diri tanpa merubah masyarakat. Sedangkan kelebihan umat Muhammad adalah tekun dan bersungguh2 dalam amar makruf nahi mungkar.

Lagipun hati kita memang tak boleh nak menipu. Sememangnya kita akan cuba untuk menyelamatkan iman kita dan orang di sekeliling

semaksima yang boleh.


Uzlah Qalbiyyah


Badan kita bersama manusia tetapi hati sentiasa bersama Allah.

Kita bergaul dengan masyarakat, cuma kita jaga hati kita. Kita benci dengan keadaan sekeliling, beristighfar dan ada cita-cita untuk merubahnya.

***

Manfaat uzlah tidak akan tercapai secara sempurna, kecuali dengan menyibukkan hati, berfikir dan merenung dalam diri.

Mari kita bermuhasabah dalam setiap saat helaan nafas. Manfaatkan waktu terluang meskipun hanya lima minit untuk kita uzlahkan hati. Supaya nafsu yang kerap kali menggugat, sentiasa dipagari dengan santunnya iman.

Thursday, June 10, 2010

khilaf aku..


dari hati yang paling dalam,

maafkan aku..

maafkan aku terlalu sibuk dengan hal sendiri

maafkan aku membiarkan kau hanyut tak bertepi

maafkan aku kerna lambat mencari solusi

walau aku tahu maafku ini tak mampu mengubah takdir Ilahi

teman,

pilunya hatiku mendengar berita itu

walau bukan aku yang merasa

derita kau derita aku juga

dan kataku ini bukan sekadar omongan

bukan selama ini aku tidak mencuba

tapi aku juga buntu sebenarnya


teman,

pintu taubat Allah sungguh luas buat hamba-Nya

jangan kau rasa hina kerana pandangan manusia

tapi rasalah gentar kerana dosa

Allah tak pandang masa lalu kita

tapi bagaimana pengakhiran hidup kita

aku belum tentu penghuni syurga

kau belum pasti ahli neraka

teman,

jangan kau pinta untuk aku melupakan kau

hati ini tidak tegar membiarkan kau berseorang

walau kau menjauh,

aku akan datang mendekat

benci aku cuma pada perbuatan itu

kerana ia bisa merosakkan keturunan

tapi ingatlah,

sayangku padamu takkan pernah luntur

sungguh aku sangat sayang pada kau

hadir aku bukan untuk menghina

percayalah

teman,

akan aku cuba menghulur dengan segala kudrat

menggenggam erat tanganmu kali ini

membina hidup baru

mencari cinta Dia yang suci dan abadi

sahabatku sayang,

di kejauhan ini

hanya doa yang mampu mengikat

“Ya Allah, tuntunlah jiwanya melalui jalanMu. Tabahkan hatinya di atas ujian ini. Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa bertaubat dengan sebenar-benar taubat…”


Thursday, June 3, 2010

Lifeline4Gaza

Berlayarlah dengan penuh keredhaan , tawakal dan kepasrahan. Moga-moga Allah bukakan jalan yang terbaik buat mereka. Misi bantuan keamanan adalah satu bingkisan jiwa yang murni, luhur dan penuh ehsan di hati..

Semoga niat mereka sentiasa ikhlas kerana Allah agar perjuangan ini tidak sia-sia


“khaibar khaibar ya yahud jundu muhammad saufa yaud”

Sungguh, misi Lifeline4Gaza telah berjaya membuka mata jutaan umat manusia. Seantero dunia sudah sedia maklum akan keangkuhan bangsa ini. Dan kini propaganda adalah senjata mereka yang paling ampuh.

Tak ada bahasa manusia yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan Israel. Yang ada hanyala bahasa perang sebagaimana mereka menyeksa saudara-saudara kita di Palestin..

Janganlah jadi seperti Israel,tak mahu buat baik tapi halang orang lain buat baik.

Teringat akan kata-kata wakil aktivis Malaysia,

“Kami ke sana untuk berjihad. Kami rela ditawan Israel untuk berapa lama pun, asalkan tujuan asal untuk hantar bantuan ke Gaza dapat direalisasikan. Bukannya dihantar pulang. Pulang bererti kalah..”

Kita di sini enak bersenda gurau, tapi mereka di sana sentiasa menanggung azab

"Ya Allah, jika kami tidak terpilih untuk berjuang di medan perang dengan menggadaikan jiwa, bantulah kami untuk berjihad di medan ilmu dan dakwah agar ianya nanti menjadi saham kami di hari perhitungan. Jangan Kau biarkan kami lalai dengan permainan dunia yang fana' ini..

Teruskanlah mengirimkan doa buat saudara seagama kita yang tertindas

Doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi.

(Hadis riwayat At-Tarmidzi).


Keprihatinan terhadap mereka ini seharusnya tidak bermusim

Sama-samalah kita berusaha untuk memelihara ikatan hubungan yang dibina atas dasar akidah yang satu hingga nafas yang terakhir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...