Pages

Thursday, July 29, 2010

hasbunallah wa ni’mal wakil.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…”

( Al-Baqarah:186)

ujian, fitrah kehidupan..

umpama gelombang di lautan

jua ibarat cemeti kehidupan

jangan kau berburuk sangka

kerana tarafmu hanya seorang hamba

renunglah wahai diri dengan cahaya hati

ujian adalah seruan untuk kembali kedakapan-Nya

bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya

dengan tujuan kembali ke kandang

kerna kau lalai, angkuh dan lupa diri

hadapilah dengan redha dan tenang

yakinlah, Tuhanmu takkan sekali berlaku zalim kepada hamba-Nya

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya"

(al-fajr:27-28)

Sunday, July 11, 2010

Piala Dunia VS Akhirat


World Cup. Sarat dengan drama. PRU13 nanti Encik Paul pilih mana?

Kemeriahan Piala Dunia berakhir pagi tadi. Yang menang bersorak gembira, yang kalah terduduk di atas padang. Air mata jadi murah. Yang lebih sudu dari kuahnya pun tak kurang menjengkelkan.

Dan World Cup kali ni semestinya tak sunyi dari kontroversi. Dari jabulani yang dikatakan tak mesra pemain pada awalnya hingga menyebabkan penjaga gawang England, Robert Green melepaskan sebiji gol ketika bertemu Amerika Syarikat hinggalah kepada kesilapan pengadil membenarkan gol Carlos Tevez ke atas Mexico biarpun dia berada dalam kedudukan offside.

Tapi kontroversi paling sensasi sudah tentu jaringan Frank Lampard yang tidak disahkan oleh pengadil sekalipun bola sudah melepasi garisan gol Jerman hampir satu meter.


Suratan atau kebetulan, ia membabitkan pasukan England lagi ! Nasib badan.

Brazil barangkali menjadi pasukan pilihan berbilion manusia. Namun rezeki tidak menyebelahi mereka.


Sadis.

Asia tiada wakil lagi apabila wakil terakhir, Jepun kalah 3-5 kepada Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti setelah seri tanpa jaringan. Tapi semangat Jepun memang superb.

Tabik spring.

Berbaloikah Afrika Selatan menjadi penganjur kejohanan Piala Dunia? Secara zahirnya ia mengundang pelbagai implikasi yang positif dan negatif.

Ia menyatukan tetapi juga memecahbelahkan.

Menghiburkan tetapi mengundang masalah sosial, arak dan pelacuran.

Memberi pulangan lumayan tetapi menyuburkan juga amalan judi dan rasuah. Berbilion dollar telah dihabiskan terutama untuk membina stadium yang menepati standard FIFA.


Ada pemerhati yang menjangkakan stadium-stadium tersebut bakal menjadi gajah putih pasca Piala Dunia nanti. Terbiar dan tak digunakan. Sebelum berlangsungnya World Cup pun, banyak pihak mempersoalkan kenapa bola sepak lebih diutamakan daripada menangani masalah kemiskinan di negara tersebut.

Dan jelas sekali bola yang bulat itu telah menutup mata warga dunia sebentar di atas jenayah kejam Israel.

Bagusnya kalau kerja-kerja yang kita lakukan selama ini ibarat Piala Dunia- penumpuan, minat dan usaha yang kita curahkan semuanya ke arah yang positif dan produktif. Bayangkan kita mampu untuk bersengkang mata jam 2.30 pagi di rumah atau di kedai mamak semata-mata nak melihat team kesayangan kita beraksi.

Alangkah bagusnya kalau sebarang pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini dapat kita lakukan dengan bersungguh-sungguh walaupun terpaksa menghadapi banyak rintangan. Alangkah indahnya kalau kekuatan kita melemparkan selimut waktu dinihari digunakan untuk mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran.


Ramalan si sotong kurita bernama Paul telah menyelitkan elemen syirik dalam Piala Dunia. Ia semangnya merosakkan akidah masyarakat sekaligus mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi.


Jika setiap ramalan itu betul, ia hanya kebetulan. Bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan. Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan. Hanya Allah yang berhak meletakkan jawapan. Kita tiada kuasa untuk mendahului-Nya. Umat Islam perlu ingat, jika seseorang itu percaya kepada ramalan, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari.


Biarlah orang lain sibuk berebut Piala Dunia tu. Kita teruskan aje matlamat kita untuk memenangi Piala Dunia dan Akhirat.


Bersama menggapai mardhotillah

**Sedang dalam fatrah mid-semester exam. Moga Allah permudahkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...