Pages

Sunday, August 8, 2010

Menyambut tetamu agung

Seindah manapun bulan purnama, indah lagi bulan Ramadhan..


Sabda Rasulullah S.A.W,

"Takkan terhina umatku yang mengagungkan Ramadhan"

Sabda baginda lagi, dari Abu Hurairah r.a.,

"Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu langit (dalam satu riwayat: pintu-pintu syurga) dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dirantai."

Dalam bulan ni, Allah S.W.T melimpahkan ganjaran pahala yang luar biasa dan membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sehinggakan syurga pada sentiasa terbuka kerana luasnya rahmat dan ditutup neraka kerana luasnya pengampunan. Syaitan pula terbelenggu atau terikat berikutan tingginya kesedaran umat Islam sepanjang Ramadhan.

Ya syaitan diikat

Tapi bukan hawa nafsu

Sebab tulah kemungkaran juga berlaku dalam bulan yang mulia ini

Perlu difahami, maksud syaitan terbelenggu hanyalah kiasan.

Kalangan ulama' ada menjelaskan, terdapat perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu. Rayuan syaitan dapat berubah dari waktu ke waktu. Berbeza dengan tuntutan nafsu, ia takkan merubah dan akan terus mendesak sehingga berjaya dilempiaskan !

Melainkan bagi mereka yang sentiasa bermujahadah, berusaha bersungguh-sungguh menundukkan nafsu.

Bukannya terus-menerus menjadi penunggang nafsu.


Agar Ramdhan yang dilalui tidak sia-sia,
mari kita mempersiapkan kedatangannya dengan baik dan terencana.

Yang penting istiqamah. Tak kira dalam Ramadhan atau tak.

Jangan bermusim dalam beribadah. Pulun untuk satu bulan, graf ibadah naik melonjak. Tapi dalam bulan lain, biarkan je diri bergelumang dosa. Kononnya ibadah dalam Ramadhan dah mampu nak tampung dosa dalam bulan lain.

tanyalah pada diri,
apa yang ingin aku ubah Ramadhan kali ni ?
siapa tahu, mungkin inilah Ramdhan yang terakhir buat kita..

Tuesday, August 3, 2010

warta ukhuwah

"Manusia itu istimewa. Dalam hatinya ada satu kebaikan dan satu kejahatan. Maka selusurilah hidup ini. Ambillah setiap satu kebaikan dari manusia yang kau jumpai. Dan berusahalah untuk memurnikan satu kejahatan di hatimu. Maka dengan itulah kau akan memahami, menyayangi dan menghargai semua orang di sekelilingmu"


Tertarik dengan komen Ustaz Asyraf di fb, edited version.

-Ukhwah bukan perkara basic, mahupun perkara yang mudah.

-Proses berukhuwah takkan berakhir. Ianya berterusan.

-Jangan letak perasaan manusia bawah tapak kaki kerana manusia punya perasaan. Mereka bukan robot atau artificial intelligent.

Jadi untuk berhubungan dengan manusia, perasaan perlu diambil kira

Perhatikan SEMINAR POLITIK yang dianjurkan oleh sebuah parti di Malaysia. Ia menghasilkan satu keputusan yang sebenarnya kita anggap remeh dan basic iaitu "SELESAIKAN LAH SEGALA MASAALAH ATAS DASAR UKHWAH ISLAMIAH"

Anda nak kata ia perkara basic ??

Adidas dan Puma adalah 2 jenama yang berbeza dan berasal dari satu syarikat yang sama iaitu PUMA. Mereka adalah ‘adik-beradik’ yang bergaduh dan akhirnya berpecah menjadi 2 syarikat

Anda nak kata ia perkara basic ??

Bukalah lipatan sejarah. Pergaduhan dan perpecahan terjadi kerana masalah yang kita anggap ‘basic’ ini.

Jaga perasaan orang lain. Terkadang manusia akan kata, “alah, setakat kena kutuk sikit dah menangis”. Tapi itulah hakikat manusia, ada yang lemah, ada yang kuat sedikit.

Hal ini biasa dibicarakan dalam pengurusan, tapi acapkali diendahkan atau di-BOOkan oleh mereka yang kononnya hebat.

Mereka pandang enteng pada yang kurang hebat. Malah melabelkan dengan bermacam2 gelaran.

Bila nampak sahaja seseorang itu down, lantas terus orang itu dilabel futhur tanpa berusaha merapatinya. Langsung orang yang dilabel tidak hebat dan futhur itu menjadi bahan umpatan saban hari. Tambahan pula, diceritakan kepada generasi sebelum dan selepas. Dan dengan selambannya menjadikan orang itu sebagai contoh negatif yang wajar kita hindari.

Sedarlah, jalan berjuang ini panjang.

Ia bukannya setakat di tempat kita berada sekarang

tapi hingga ke negeri abadi.

Bersangka baiklah dalam semua keadaan. Jangan pandang seseorang sebagai orang atas atau orang bawah. Anggap seperti kawan. Bukan seperti pekerja dan majikan.

bukannya lawan

dan bukan juga penerima arahan.

Terus, kita akan bergerak kerja dengan senang.

Jaga hati dan perasaan orang lain. Nilai kemampuan setiap mereka.

Janganlah cepat menghukum. Kasihanilah mereka kerana sedang diuji Allah. Manusia perlukan masa untuk absorb dengan suasana.

"Janganlah kau jelik melihat ciptaan tuhan yang melata. Tergamaknya kau mencemari lidahmu yang bertahap hamba itu dan langsung menghina, merasa bangga akan ketinggian dan kehebatan yang bersifat sementara.."

Siapa kau untuk mengeji ??

kau berasal dari sulbi

juga setitik airman yang hina !

Mari merenung dalam diri, dimanakah level ukhuwah kita ?

Sesungguhnya level terendah dalam berukhuwah adalah bila seseorang itu dapat sentiasa berlapang dada. Tapi ingat, untuk perkara2 yang melanggar syariat memang no kompromi !

**harapnya cadangan untuk buat reunion batch menjadi. wink2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...