Pages


Wednesday, September 7, 2011

Mahram bagi wanita

Hal yang seringkali dipandang remeh..



Datuk saudara tsabit = lelaki yang berkahwin dengan nenek saudara
Bapa saudara tsabit - lelaki yang berkahwin dengan mak saudara
Anak saudara tsabit - lelaki yang berkahwin dengan anak saudara
Mahram muaqqat = haram sementara

Kalau balik kampung tu, jangan togel aje depan sanak-saudara ya. Nak bersalam pun kena berpada-pada :)

Wednesday, August 31, 2011

Bagaimana acuan begitulah kuihnya




Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanya lah yang menentukan bagaimana ia membesar. Sebagai khalifah atau _______. isi sendiri


Friday, August 19, 2011

Lailatulqadar: Mencari kemuliaan Taqarrub


Ramai orang pancit di akhir Ramadhan. Sedang Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita supaya memperbanyakkan ibadah di sepuluh akhir Ramadhan. Barangkali mood aidilfitri menguasai suasana. Masjid dan surau kembali lengang. Tumpuan mula beralih kepada persiapan menyambut hari raya.

Gunakanlah kesempatan 10 hari terakhir Ramadhan untuk membekalkan kekuatan spiritual 11 bulan yang mendatang.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"..dan barangsiapa yang mendirikan (ibadah) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redha Allah), nescaya diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah lalu."-Riwayat Muslim.

Al-Imam an Nawawi rhm menyebut:

"Lailatulqadar adalah seafdal-afdal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatulqadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat-alamat Lailatulqadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut."

Maka rebutlah peluang taqarrub ini. Ia menjadi sunnah Baginda dan rebutan amalan salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, :

"..daripada Aisyah Rha berkata: Adalah Rasulullah S.A.W selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan Baginda S.A.W bersabda: Rebutlah bersungguh-sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatulqadar pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan"
- Riwayat Imam Bukhari.

dan dari Aisyah Rha berkata:

Adalah Nabi Muhammad S.A.W apabila memasuki sepuluh akhir Ramadhan, Baginda bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah) "-Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Apakah kita tida beriya-iya menyambut malam yang penuh barakah itu?

Allahummarzuqna lailatul qadr fi hazihissanah wa fi kulli sanah.


Wednesday, May 11, 2011

Puisi: Beli Buatan Malaysia

Sekiranya kami rakyat negara ini berjanji
membeli barangan buatan Malaysia
Bagaimana pula anda,
Para pemilik para pengarah para pengurus
Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia
membeli dengan wang yang anda terima dari kami?

Kami rakyat bersetuju sekiranya Malaysia
ingin maju dan jaya, pekerja kita
mendapat pekerjaan dengan gaji selesa
maka kami sendiri mesti membeli
dan menggunakan barang buatan negara kami
Ertinya rakyat jelata sentiasa perlu membayar
harga yang agak tinggi untuk mendapat
barangan yang kadangkala bermutu tidak tinggi.
Maka lebihan yang mesti kami bayar ini
membolehkan anda melonggokkan keuntungan besar
di samping memperoleh ganjaran yang juga besar.

Kami rakyat ingin pula mengetahui
Bagaimanakah anda membelanjakan dividen
dan pendapatan dari harga mahal
yang semuanya datang dari saku kami
yang membeli pengeluaran Syarikat anda?

Kami ingin bertanya pula
Adakah anda juga membeli barang buatan Malaysia?
Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai
Di manakah pakaian itu dijahit?
Dan pakaian dalam yang menyaluti
bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh anda itu
anda beli di mana dan buatan mana?
bagaimana dengan pakaian isteri anda?
Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu
dari jenama apa dan buatan mana?

Bagaimana dengan rumah anda?
Adakah kerusi meja itu hasil tangan tukang Malaysia?
Adakah jubin dan segala perkakas bilik air
dan tandas tempat anda melepas itu diimport?
Dan putera-putera anda, adakah mereka sedang menuntut
di sekolah rendah dan menengah di luar negeri?
Bercakap tentang negara kita yang indah ini
di manakah anda menghabiskan cuti bersama keluarga?
Tentang kekayaan pula, di manakah anda melabur?
Cerahlah masa depan anda!

Orang-orang seperti anda sangat mementingkan kesihatan
Adakah anda mendapat rawatan perubatan di luar negeri?
Adakah anda dan keluarga anda dirawat
dengan biaya Syarikat?
Apakah Syarikat anda menggunakan perkhidmatan
jurubina (arkitek) Malaysia atau jurubina asing,
dan jurubina tempatan sekadar untuk mendapatkan tandatangan mereka saja?

Dan sebagai pelanggan berapakah jumlah
yang perlu anda bayar untuk peguam asing?
Mungkinkah anda begitu baik hati dan pemurah
dengan konsultan asing, tetapi begitu berkira
dan kedekut apabila anda mesti membayar konsultan tempatan?

Pertanyaan lain yang amat dekat dengan hati nurani
saya sebagai penulis, ialah: Pernahkan anda membeli
dan membaca buku puisi, cerita pendek dan novel
yang ditulis oleh penulis Malaysia?
Adakah lukisan yang tergantung di dinding perbadanan,
syarikat atau rumah anda itu ciptaan pelukis
Malaysia atau salinan daripada pelukis-pelukis asing?
Bahasa apakah yang anda gunakan dalam pertuturan sehari-hari?

Pernahkah anda menghadiri teater tempatan
atau mendengar majlis pembacaan puisi
yang semuanya adalah buatan Malaysia?
Saya pasti Syarikat anda akan menyokong derma amal
jika ia ditaja oleh para Menteri dan Diplomat.

Anda pun cukup berjasa untuk membawa masuk
artis asing. Anda sanggup pula membayar
meskipun harganya ratusan ringgit bagi sesebuah
kerusi untuk menonton dan mendengar lagu-lagu
dalam bahasa Itali yang dinyanyikan oleh suara-suara
Amerika, meskipun anda tidak mengerti maknanya.

Begitu hebat,tetapi berapa pula yang telah anda
sumbangkan kepada artis tempatan? Berapa pula
kepada penerbitan drama tempatan yang kita namakan buatan
Malaysia?
Sudah pasti kami memang membeli barang buatan Malaysia
Tetapi anda, anda sendiri bagaimana?
Adakah anda menyokong dan membeli barang buatan Malaysia
atau anda sebenarnya sekumpulan manusia asing
yang memilik pasport Malaysia.

Usman Awang
1984



Wednesday, April 20, 2011

Things you’ll rarely/ never hear an architect say

Keanu Reeves in 'The Lake House'

1) I’ll be home early tonight.

2) I really should add some black clothing to my wardrobe, I wear too much color.

3) Everything is going perfectly on your project.

4) Your building is ahead of schedule and under budget.

5) This will be my second vacation this year.

6) You should listen to the contractor – he has fantastic design ideas.

7) You have way too much money budgeted for this project.

8 ) I learned everything I ever needed to know in college.

9) I didn’t spend enough time in school.

10) Designing that project was super easy, took almost no time at all.

11) I can’t believe they pay me this much for so little work.

12) I’m not much of a book reader.

13) Just cut that tree down, there are plenty of trees all over this neighborhood.

14) That’s okay, nobody will notice it besides me so you can leave it that way.

15) I’ve never been wrong but you can just add a lamp later if you think it will be dark.

16) I think I will get the eyeglasses with the silver frames, you’ll hardly notice them on my face.

17) I am going to reduce my fees since this project is so straight forward.

18) They are hiring me for my artistic abilities and don’t care how much it costs.

19) At this rate, I’ll be able to retire by the time I’m 50 years old.

20) I get to spend most of the fee actually designing the project.

21) It’s having all the groupies that makes being an architect so rewarding.

22) There should really be more codes to govern this.

23) Most Planning and Zoning Departments have really got it all figured out.

24) Which car should I drive to work today?

25) I don’t think there is enough glass block in this project – work in some more.

26) The idea of living in a house I designed sounds terrible.

27) I think we should pull in some more consultants and get their opinion.

28) Speculative development is the best because you can do whatever you want.

29) I hate talking about architecture, I work on that crap all day.

30) I don’t see ‘Zombies’ on your programming requirements.

Just for fun :D

Whatever it is, I should not forget my two main mission living in this world; as a servant of Allah and a Caliph who brings Islam to the highest place.


P/S: Not an architect yet. Still in horror that we call school.


Monday, April 18, 2011

AFU comeback









Nostalgik sungguh. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti :)

credit to bro Razman.


Monday, April 11, 2011

Mendamba pertemuan sempurna

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. (al-Mu'minun 1-2)

Kita yakin bahawa solat merupakan ibadah pertama yang akan dinilai oleh Allah, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang benar-benar menjaga solatnya? Sudahkah kita merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani? Jika belum ternyata masih ada hijab yang memisahkan bahagianya solat.

Akhirnya solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan kosong. Jika solat itu umpama kekasih, ia ibarat bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Imam Hassan Al-Basri RA mengujarkan,

"Solat yang tidak disertai kehadiran hati (khusyuk) akan lebih mendekatkan pelakunya kepada kemaksiatan daripada kebaikkan"

Sufi agung ini juga mengatakan,

"Perkara pertama yang dicabut daripada dada insan beriman ialah rasa khusyuk. Jika seseorang tidak mampu solat dengan khusyuk, petanda petaka lebih dekat kepada dirinya".



Dalam kitab Khilah al-Auliyaa' ada dijelaskan bagaimana Hatim al-Asom bersiap-siap untuk solat.

"Sesungguhnya aku memulakan wudukku dengan wuduk batin.."

"Apabila aku berwuduk, aku lakukan dua jenis wuduk. Pertama wuduk zahir, dan kedua wuduk batin. Aku memulainya dahulu dengan wuduk batin. Wuduk zahir pula aku membasuh anggota tubuh yang tujuh dengan air iaitu dua telapak tangan, mulut, wajah, dua lengan, kepala dan kaki. Manakala wuduk batin pula membasuh bahagian dalam dengan tujuh wasilah penyucian, iaitu bertaubat, menyesal, tidak kemaruk dunia, tidak ingin dipuji orang, tidak bercita-cita menjadi pemimpin, tidak menaruh dendam dan tidak berhasad dengki.."

Bagaimana pula dengan solat beliau?

"Ketika aku sudah berdiri tegak untuk menunaikan solat, maka seluruh anggota tubuhku aku kendurkan sehingga aku dapat melihat Ka'bah dengan mata hatiku. Aku berdiri antara hajatku dan rasa takutku kepada Rabb. Aku mantapkan dalam hatiku bahawa Allah sedang memerhati diriku, sedang syurga telah berada di sebelah kananku dan neraka berada di sebelah kiriku. Manakala malaikat pencabut nyawa sudah berada dibelakangku.

Demikianlah 'wajah' solatku, bahkan saat itu aku merasa seakan-akan telah menapakkan kakiku di titian Sirat. Dan aku tanamkan di dalam fikiranku bahawa ini adalah solatku yang terakhir.

Setelah itu barulah aku berniat, lalu membaca takbir sebaik dengan sekhusyuk mungkin. Dalam solat aku membaca surah-surah al-Quran sambil meneliti ertinya. Lalu aku rukuk dengan penuh kerendahan dan sujud dengan penuh kehambaan. Dalam tasyahud, aku tumpahkan seluruh harapanku dan akhirnya aku ucapkan salam dengan penuh tulus ikhlas.."

SubhanaAllah..

Mari berusaha sehabis daya! Moga setiap temujanji bersama-Nya adalah saat-saat yang ditunggu dengan persiapan yang rapi.


Buku Menyukat Solat Diri, karya Misbah Em Majidy.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...