Pages


Monday, March 14, 2011

Truly Asian


Hebatnya ombak tsunami..tapi yang menjadikannya lagi Maha Hebat!

Dimanakah ekonomi yang hebat dan teguh dapat mengalahkan tentera Allah? Air merupakan salah satu tentera yang menggambarkan kehebatan-Nya. Maka hendaklah kita membina keruntuhan itu dengan mengingati Allah.

Meneladani kisah Fir'aun, raja yang hebat dan kaya-raya mati ditelan air bersama pengikutnya.




Kagum. Lihatlah bagaimana mereka melalui saat-saat getir seperti ini..



Baca di sini

* Tidak mengambil kesempatan mencuri barangan kedai.

* Mereka beratur untuk membeli barang keperluan.

* Tidak mementingkan diri dalam membeli barang. (Hanya membeli mengikut keperluan).

* Sentiasa memberi laluan kepada pemandu lain dan tidak membunyikan hon walaupun jam teruk.

* Menolong semua orang, tak kira bangsa dan agama.

* Tidak tolak-menolak semasa naik ke dalam bas atau teksi semasa semua kemudahan kereta api diberhentikan, sedangkan ketika itu semuanya risau akan keadaan keluarga masing-masing di rumah.

Teringat perkongsian dari sensei saya sewaktu kelas bahasa Jepun, mereka ini sangat mementingkan adat dan tradisi. Nilai-nilai murni dipegang teguh. Sungguh cantik dan sistematik.

Apa yang saya nyatakan di atas cumalah sebahagian dari sistem hidup mereka. Seperti kita yang menekankan bab akhlak, mereka diajar asas-asas adab. Berjalan sahaja di sekitar Jepun, pasti tak lekang ucapan 'ohayo' atau 'konnichiwa' walaupun kita ini asing bagi mereka.

Sayangnya kebanyakkan daripada mereka tidak beragama. Tapi mereka juga punya 'usrah'. Akan ada yang akan mengetuk pintu rumah setiap hari ahad. Tapi sensei saya buat dunno saje.

Berbicara tentang sikap. Rakyat Jepun sememangnya punya Islam dalam diri mereka. Asas moral yang mereka bina lebih kukuh berbanding kita. Andai mereka bertauhidkan Allah dijiwa, mungkin merekalah antara umat Nabi Muhammad S.A.W yang paling berkualiti, bi-iznillah.

Walaubagaimanapun mereka juga tetap menghadapi masalah yang sama dengan kita, yakni hiburan yang melampau. Yang sememangnya melalaikan diri dari matlamat hidup yang sebenar.


**To japanese, sorry for the direspectful and insensitive caricature. Am sure that Zoy really doesn't meant it. Gomennasai T.T


Saturday, March 12, 2011

Allahumma ihfazna


Bencana = Ungkapan manusia duniawi di atas kajian yang dibuat.

Bala = Balasan Allah S.W.T ke atas dosa-dosa manusia.



Kerdilnya kita di sisi Allah. Hanya dalam sekelip mata, musnah bangunan yang dibina bertahun lamanya. Innalilallahi wa inna ilaihi raaji'un.

Walau sejauh mana hebatnya, majunya ciptaan manusia, Dia jugalah Yang Maha Kuasa.

Dunia semakin tua, semakin hancur kerana tangan-tangan manusia. Dan amaran Allah sudah banyak. Beruntunglah buat mereka yang mengambil iktibar, yang celik mata hatinya.

Ada juga komentar di bawah video yang cuba menafikan bahawa tsunami ini adalah bukti kekuasaan Tuhan. Seakan tidak mengaku bahawa ada yang menguasai apa yang ada di langit dan di bumi.

Kebetulan, tajuk Al-kuliyyah pada hari tersebut (11Mac 2011) adalah berkaitan kajian ilmu falak. Kupasannya menarik.

Tunjuk perasaan di timur tengah, gempa bumi di New Zealand, banjir besar di Australia dan tsunami di Jepun.

Berturut-turut.

Masih adakah lagi keinsafan dalam diri kita?

Atau masih lalai dan belum puas dengan dunia?

Sekali bala menimpa, sekali insaf buat seketika.


Wednesday, March 9, 2011

Msia's merry 'buy-elections'

Malaysia is perhaps the only country where the death of an elected representative brings jubilation to the local residents. Why should that bring joy to the local people?

It is because a by-election comes, Santa Claus will also come. He will bring all kinds of gifts, and make your dreams come true.

Rampant election corruption

No sooner the dead buried, you will see the physical transformation of the constituency. Amenities that are lacking or have been disrepair for ages are suddenly fixed up.- roads, street lights, drains, water pipes, etc.

Each minister will bring with him good tidings of 'instant allocation funds' for 'instant projects'. Needless to say, this expenses which range from a few millions to hundreds of million ringgit for each for each constituency, comes from the pocket of taxpayers.

And of course, during the handing goodies, residents never cease to be reminded who they must vote for. In fact, some of these promises are conditional upon their electoral support and a BN win.

You may ask, aren't this bribery?

Of course they are. In fact they are serious breaches of our election laws.

People power reforms?

Thousands of local residents are fed nightly with lavish dinners, stage shows, karaoke, complete with lucky draws that include motorcycles, TV, domestic appliances and numerous gifts – compliments of the BN of course.

In the midst of these merry-makings, I wonder how many of the electorate realise how heavy their responsibility is when they cast their votes in a few days’ time. Only they can restore some integrity to our electoral system which has now become a total farce.

And only through the votes of our people can we revive the democratic dreams of our founding fathers.

Without any avenue to institute reforms and make corrections through the democratic means, there is only one way left – the people power reform like that is currently raging in the Middle East.


Tuesday, March 1, 2011

Bukan kalungan buat yang menang

Kemenangan Pro-M (yang seringkali dilabelkan sebagai anti-establishment) di kampus-kampus

utama sewajarnya menjadi kesempatan emas kepada ketumbukan anak muda & mahasiswa

untuk membuat tuntutan-tuntutan penting kepada kerajaan pusat agar isu-isu anak muda &

mahasiswa segera diselesaikan sebelum PRU-13. Suara anda mahal saat ini!




Sejumlah besar calon yang berani bertingkah dengan kebijaksanaan dan norma pentadbiran, menang tanpa bertanding. Justeru, meletakkan perkumpulan itu dalam kemampuan membentuk 'kerajaan' di UIA dengan hanya mengusahakan beberapa kerusi sahaja lagi.



Di UIA, Pro-M menang selesa tanpa banyak pertembungan selain insiden simbah cat dan propaganda biadap seperti tahun-tahun lalu juga.



PRK adalah medan mahasiswa belajar apa itu erti demokrasi. Andai demokrasi kampus diisi

dengan aksi sepak terajang, maki hamun, sabotaj dan perpecahan, tak hairanlah mereka akan

keluar dari kampus sebagai manusia yang benci politik.



Friday, February 4, 2011

Arrests at anti-Mubarak demo


Kediktatoran yang terserlah..


Thursday, February 3, 2011

Khilafah manhaj Nubuwwah


Daripada Huzaifah, bahawa Nabi SAW bersabda :

“Berlakunya zaman kenabian dalam kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkatnya (menghilangkannya) ketika mana dia

menghendaki. Kemudian, berlaku pula Khilfah di atas manhaj Kenabian. Maka berlangsunglah ia

sebagaimana yang dikehendaki Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkatnya ketika

mana Dia menghendakinya. Kemudia berlaku pula pemerintahan raja yang ‘menggigit’. Maka

berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatnya.

Kemudian berlaku pula pemerintahan raja ‘paksaa’. Maka berlakulah ia sepertimana

dikehendaki Allah. Kemudian Allah mengangkatnya ketika mana dikehendakiNya. Kemudian

berlaku pula Khilafah di atas manhaj kenabian. Lalu baginda Nabi SAW diam.”

[Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi, daripada Nu’man bin Basyir, daripada Huzaifah]


dgn kebangkitan Mesir, bahangnya semakin terasa.


Tuesday, January 25, 2011

UIAM berselawat


"MAJLIS PENCINTA2 NABI - Ahbabu Rasulillah saw".

MAJLIS UIAM BERSOLAWAT

Bacaan : Mawlid Dhiyaul Lami'

Tarikh : 30 JANUARI 2011 ( AHAD )

Waktu : 7 PM (maghrib brjmaah) - 10 PM

Tempat: Masjid Kolej Islam Malaya(sebelah UIA PJ)

Pakaian : Digalakkan Berpakaian Putih

Penceramah Jemputan : Habib Ali & Habib Najmuddin

Kata2 Aluan dr Guru kita, al fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll

Muslimin & Muslimat djmput hadir beramai2.


Pesan Habib Ali Al Jufri:

Matamu ini, hidupkannya dengan kehidupan Baginda.
Jangan engkau memandang pada perkara yang haram.

Telingamu ini, hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah.
Jangan engkau mendengar perkara dosa.

Lidahmu ini, hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah.
Jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya.

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,

Hidupkan kehidupanmu dengan membaca kalam Allah,

Hidupkan kehidupanmu dengan sunnah Rasulullah,

Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,

Hidupkan kehidupanmu dengan zikir dan ibadah pada Allah,

nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa.

Sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,

kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,

kemudian di syurga firdausi yang tertinggi.

Ya Allah, hidupkan kami dengan mencintai orang yang mencintaiMU.

Allahumma ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...