Pages


Tuesday, September 28, 2010

dalam hati ada taman?

tahniah abg najem ! (my super senior and former basketball coach)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W,


"Jika seorang hamba menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal".


Semenjak dua menjak ni semua orang dok cakap pasal kawin. Mungkinkah kerana ramai antara senior2 yang baru kahwin ataupun kisah wedding fairy tales anak pemilik NAZA yang sedang hot di fb?


Tiba2 rasa berkenan untuk mengikut arus topik


Remaja = Cinta


Perubahan biologi dan psikologi menjadikan mereka peneroka alam cinta. Seolah2 remaja tidak ada hubungan dengan iman. Remaja dengan perjuangan, remaja dengan dakwah, kepimpinan dan lain-lain.


tapi sebab entri ni spesel pasal cinta


nak cerita jugaklah.

****************


"Ketahuilah, ada cinta yang tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal tapi ia suci dan menyucikan"


Tak payah bersentuhan tangan kerana hati sudah bersentuhan. Tak perlu berbalas kerlingan kerana sudah berbalas-balas doa.


Hanya ada satu cinta yang boleh mendominasi hati dalam pada satu2 masa.


Cinta Allah atau cinta makhluk ?


YOU CHOOSE


Serahkan hati pada Allah dahulu. Allah itu sebaik-baik penjaga.


kata pepatah arab, "manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"


Cinta itu fitrah. Dan fitrah itu perlu kepada hidayah


Selalunya orang yang hendak mendirikan rumahtangga disamakan dengan mendirikan masjid. Bolehkah masjid dibina dengan wang haram ? tanah haram ?


Maka begitulah perkahwinan yang dibina atas cinta yang melanggar peraturan Tuhan. Seperti masjid yang dibina oleh kaum munafik pada zaman Rasulullah. Ingatlah, semakin banyak kemanisan yang diteguk dalam pergaulan bebas sebelum benikah, semakin tawar dan hambarlah alam selepas gerbang perkahwinan.


datangnya cinta dari 2 sumber


1-Hawa nafsu

Bila hati jadi kotor. Hidup begelumang dengan maksiat. Malangnya cinta inilah yang sering dipromosikan, digembar-gemburkan, dipromosi, diagung-agungkan dalam kehidupan. Cinta yang berfokus pada daging, urat kulit dan body. Jika cinta sekadar pancaindera yang lima, ia bukanlah cinta yang hakiki. Sebenarnya tidak ada yang hodoh. Cuma kecantikkan yang berbeza.

Tidak dari mata turun ke hati. Tapi dari hati ke mata


2- Dari Allah

Dia yang punya segala sebab untuk dicintai. Dia yang sanggup memberi banyak, juga sanggup mencintai banyak.


Kata orang cinta akan mendingin lepas kahwin. Jadi tak hairanlah ada yang ingin menikmatinya puas2 sebelum kahwin. Untuk apa kahwin kalau segala kemanisan akan jadi tawar?


dipulun habis2 sebelum kahwin


Cinta mesti ada class


Jodoh, ajal dan rezeki di tangan Allah. Datangnya ia nanti pada masa, ketika dan keadaan yang tepat.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

"Barangsiapa yang diberi rezeki Allah berupa isteri solehah bererti Allah telah menolong sebahagian daripada agamanya, hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian yang lagi".

(hadis riwayat tirmidzi)


Buat lelaki, jadi soleh. Bukan mencari solehah !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...