Pages


Thursday, October 7, 2010

Niqab

"Bila memilih untuk menjadi ghuraba’, memang kita akan diperhatikan. Tetapi kita tidak menjadi ghuraba’ untuk diperhatikan"

Pemakaian niqab kini bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Saya kecilkan lagi, dalam kalangan masyarakat pelajar di IPT. Melihat pada keadaan siswi yang dalam keadaan bermusafir, juga kerap kali ke hulur-hilir atas tugasan kerja, peribadi dan sebagainya, maka pemakaian niqab dilihat sebagai antara metod yang ideal dalam memelihara diri.

Purdah/niqab merupakan khilaf yang diiktiraf. Bila ada khilaf, kita juga perlu meraikan pendapat yang lain. Barulah nanti khilaf menimbulkan rahmat dan kemudahan pada orang Islam, bukan perpecahan.

Memakai niqab ada kelebihannya. Namun itu bukan alasan untuk kita mewajibkan niqab pada yang berpegang niqab itu harus. Melainkan orang itu terlalu lawa hingga menimbulkan fitnah, dinasihatkan agar wajib berniqab. Dan ketahuilah, cantik itu sifatnya subjektif. Ada orang rasa dirinya biasa2, tapi tidak bagi orang lain yang memandang.

Niqab merupakan pakaian sahabiah juga isteri2 Nabi Muhammad S.A.W. Dengan memakainya, secara tidak langsung ittibaq sunnah dan memurnikan sunnah isteri para nabi.

Berniqab menjadikan diri seseorang lebih menjaga diri dan mengelak sesuatu yang tak sesuai dengan pemakaian supaya tidak menjadi fitnah kepada agama. Secara automatik si pemakai akan menahan pandangan matanya.

Ada yang serius, dan ada yang kerana ramai kawan yang pakai, jadi mereka ikut. Dan tidak kurang juga kerana fesyen.

Contohnya, memakai niqab tetapi mengenakan kanta lekap yang sangat menarik perhatian dan pemakaian celak dan maskara yang ntah apa2. Secara tidak langsung, menarik perhatian mata yang memandang.

Bila berniqab, hanya mata yang nampak. Oleh itu mata menjadi perhatian utama kepada sesiapa yang berurusan dgn si pemakai niqab.

Isu ini timbul bila niqab itu dipakai untuk menarik perhatian orang. Bila ada yang pakai niqab secara main-main, ia memberi fitnah kepada pemakai niqab yang serius.

Kerana si pemakai diperhatikan lebih dan ujiannya juga banyak. Tapi perlulah menganggap sebagai ujian kesungguhan.

Pada yang baik, dia akan berjaga.

Sama2 kita perbetulkan niat dan terus istiqamah memakainya. Tapi saya kira tidaklah mengapa jika berkumpul sesama mahram, misalnya bila berkumpul bersama keluarga. Terpulanglah pada yang lain.

Mari perhalusi setiap perilaku. Jangan biarkan apa yang dibuat menjadi fitnah kepada agama.


Pertingkatkan diri. Sama berusaha, tegur-menegur, lengkap-melengkapi jua nasihat menasihati. Moga dengan ini kita menjadi contoh.


5 comments:

Putera Tidur said...

like this one
kalo nak pakai niqab jangan ikut kawan, jangan kerana manusia, jangan kjap pakai kjap buka(mesti mau istiqamah).
sblom pakai pk betul2 dulu mampu istiqamah ke x.
bagus pakai niqab ni. tp kalo dah pakai kena lagi amek berat bab akhlak sbb kain yg putih lg jelas titik itamnya so salah yg sikit pon org akan besar2kan.

-Nur- said...

kalau yang berniqab,berlapang dada dengan pendapat yg x mewajibkan niqab..kalau yang x berniqab,jangan mudah menghukum dan perjudis dgn mereka yg berniqab..

sy melihat berniqab ini ada kaitan dgn iman,hanya yang kuat shaja yang istiqamah dalam melakukan perkara yang baik tapi selalu dipandang asing oleh masyrkat kita sendiri..

AnA ImTiYaZ.. said...

buatlah ssuatu tu berdasarkan dalil dn hujjah yg sorih...=)

Afiqah Zulkifli said...

Putera tidur : Bernas. Wlpn ada org pki mengikut zuruf dan makan, terpulang pd si empunya badan. Jgn sampai menimbulkan fitnah sudahla. Mari menilai. Kerana hajat atau darurat ?

Nurasisyaz : Ya. *Harapnya entri ini tidak berbaur prejudis*

Ana Imtiyaz : Khair

Zahra Ameerah said...

Setuju dengan pendapat piqah, sesetengah orang memakai niqab mengikut waqi'. sesetengah orang istiqamah untuk memakainya setaip waktu.

bagi saya, terpulang pada si pemakai, kerana dia sendiri tahu atas alasan apa dia memakai. jika dirasakan atas sebab seseorang, ikut orang, fesyen dan sebagainya, dia akan terfikir juga satu hari nanti akan kesalahan niatnya.

apa yang saya lihat, di IPT penerimaan orang agak lebih terbuka, tetapi tidak di tempat awam dan kampung-kampung. penerimaan mereka agak kurang dan pemakaian niqab dilihat sebagai sesuatu yang sangat aneh dan genjil.

Tapi, walau apa pun, si pemakai niqab, sila lah selidik semula niat anda memakainya, jangan sampai kerana anda, merosakkan pandangan orang lain terhadap si pemakai niqab yang lain.

Wallahu'alam. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...