Friday, February 4, 2011
Thursday, February 3, 2011
Khilafah manhaj Nubuwwah
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi SAW bersabda :
“Berlakunya zaman kenabian dalam kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah
untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkatnya (menghilangkannya) ketika mana dia
menghendaki. Kemudian, berlaku pula Khilfah di atas manhaj Kenabian. Maka berlangsunglah ia
sebagaimana yang dikehendaki Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkatnya ketika
mana Dia menghendakinya. Kemudia berlaku pula pemerintahan raja yang ‘menggigit’. Maka
berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatnya.
Kemudian berlaku pula pemerintahan raja ‘paksaa’. Maka berlakulah ia sepertimana
dikehendaki Allah. Kemudian Allah mengangkatnya ketika mana dikehendakiNya. Kemudian
berlaku pula Khilafah di atas manhaj kenabian. Lalu baginda Nabi SAW diam.”
[Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi, daripada Nu’man bin Basyir, daripada Huzaifah]