Pages

Thursday, April 1, 2010

Thanks akak :)



Disaat rasa hati yang bercampur-baur dalam meeting, handsetku berbunyi. Tanda satu mesej diterima.


Bila kau menangis adikku,

Ukirkan senyuman agar hati terhibur jua

Bila kau kecewa,

Bisikkan pada dirimu agar kau tabah menghadapinya

Bila kau terluka,

Pujuklah hatimu agar merawatnya

Bila kau bersendirian,

Gunakan akal memikirkan keagungan Pencipta

Bila kau terima bicara ini,

Ketahuilah ku amat menyayangimu selamanya

Salam rindu adikku. Mungkin Allah sedang berbicara denganmu pada saat ini. Ku doakan agar jiwamu lebih tegar, kuat untuk menghadapinya.

Shukran ya ukti :)

Perkara yang selalu aku ingatkan pada diri, ujian adalah tapisan untuk ke syurga.

“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Saya sedar

Ujian itu tanda kasih Allah buat hambaNya

Ya Rabb,

Jangan biar aku rebah



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...