Pages

Saturday, April 24, 2010

Friendship

Apalagi yang diperlukan bagi sebuah persahabatan,

jika didalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan

Bila menangis ada yang meredakan

Bila lalai ada yang mengingatkan

Bila sakit ada yang mendoakan

Bila gembira ada yang meraikan

Alangkah hebatnya persahabatan

Lagi hebat jika seiring berjuang

Hidup ini satu perjuangan !


"Ya Allah, selamatkanlah rakanku Muhammad Adib Aiman. Tabahkanlah hatinya dan seluruh ahli keluarganya untuk menerima ujian ini. Berikanlah dia semangat yang tinggi untuk terus hidup jika itu adalah yang lebih baik buatnya.." Sabarlah wahai teman. Moga kesabaranmu dibayar dengan Jannah.

*Semalam ada lawatan pelajar DQ ke CFS. Tapi time tu dah bertolak balik rumah. Takpelah jiha. Sem depan kita jumpa ye :)

Tuesday, April 20, 2010

dunk that ball !



motivation
plus
IMAN

is
just like a ball

it can go up
and it can go down

it is go0d if we get lift up
but
what we always forget is
we can always fall down when it is to0 high

so what to do?

for things that changeable like this
we need a CHARGER
to charge the spirit
to charge the strength
to charge the FAITH

in YOU

the charger could be anything
a word , a person, a thing
anything

as long as it can remind you
who you are
and why are you here
or get u on track


-Thanks a bunch to mydear, Maslin Muntari ;)
-Missing SMAPK's basketball team..

Sunday, April 11, 2010

Orang baik mati cepat?


Semacam satu musim. Sejak kebelakangan ini, banyak berita kematian yang diterima. Secara tiba-tiba pula. InsyaAllah, yang pergi itu baik-baik akhlaknya. Timbul pertanyaan dalam hati. "Orang baik-baik ni pergi cepat ek”

Ada hadis mengatakan bahawa pada akhir zaman, ilmu akan diangkat dari manusia dengan kematian para ulama. Bukan ulama’ pun ada yang baik juga. Imam Syafie meninggal dunia dalam umur 51 atau 52 tahun. Imam Nawawi lebih muda daripada itu. Antara kita, siapalah agaknya yang akan dijemput dulu. Tak tahu bila . Tapi saat itu pasti tiba.

Orang baik dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup masih belum puas menikmati kebaikan mereka. Baik itu fitrah manusia. Ada satu peribahasa Cina mengatakan, “..Untuk mengenal kebaikan, seribu tahun belum cukup. Tetapi untuk mengenal kejahatan, satu hari sudah terlalu lama!”

Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Bila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi dan lagi.. Kalau boleh biar sampai seribu tahun.

Kenapa orang jahat dirasakan mati lambat? Sebab manusia hakikatnya benci dan jemu dengan kejahatan. Satu hari merasakan efek daripada kejahatan sudah dirasakan terlalu lama.. Bukan usia mereka yang panjang. Tetapi kejahatan mereka yang menjemukan dan meresahkan orang yang hidup.

Ajaib benar kematian ini

Kadang-kadang orang sakit yang dirasakan akan akan mati terus hidup. Sementara orang sihat yang mendoakannya pula yang pergi dulu.

Bila pula agaknya giliran kita? Bila itu tiada siapa yang tahu. Yang penting, apakah kita akan diambil semasa dalam ketaatan atau kejahatan?

Kata Imam Al-Ghazali, “Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita”. Siapa yang hidup secara baik, akan mati dalam keadaan baik InsyaAllah :)


Thursday, April 1, 2010

Thanks akak :)



Disaat rasa hati yang bercampur-baur dalam meeting, handsetku berbunyi. Tanda satu mesej diterima.


Bila kau menangis adikku,

Ukirkan senyuman agar hati terhibur jua

Bila kau kecewa,

Bisikkan pada dirimu agar kau tabah menghadapinya

Bila kau terluka,

Pujuklah hatimu agar merawatnya

Bila kau bersendirian,

Gunakan akal memikirkan keagungan Pencipta

Bila kau terima bicara ini,

Ketahuilah ku amat menyayangimu selamanya

Salam rindu adikku. Mungkin Allah sedang berbicara denganmu pada saat ini. Ku doakan agar jiwamu lebih tegar, kuat untuk menghadapinya.

Shukran ya ukti :)

Perkara yang selalu aku ingatkan pada diri, ujian adalah tapisan untuk ke syurga.

“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Saya sedar

Ujian itu tanda kasih Allah buat hambaNya

Ya Rabb,

Jangan biar aku rebah



KLIBF


Mingu lepas berkesempatan untuk ke pesta buku dengan Syarah. Habis je kelas dapat mesej ada kelas talaqqi Ustaz Muhadir. Kelas yang pertama rasanya untuk semester 3 ni. Hmm..tapi sebab takut balik lambat, kami pun on je plan macam biasa.

Adalah dalam RM70 habis. Tapi memang berbaloi-baloi. Semuanya buku lama. Memang outdated la. Tapi saya kira pengisiannya sangat mantop.

Antara buku yang berjaya disambar :

-Jundullah Jihad Fi Sabillah dan Pendidikan Harakah Islamiyyah

-Bekalan di sepanjang jalan dakwah

-Jalan penyelesaian problematika kehidupan

-Islam dan Seni


--Time nak beli teringat buku-buku akak yang bertimbun. Mesti dia dah ada.Tapi takpelah. Dulu main jeling-jeling je. Isk3. Misi untuk mengkhatamkannya adalah lepas habis sem3 sebab sem ni 7minggu je! Setiap hari adalah hari yang padat. Syoknya syarah ambil English je sem nih. *Jeles2*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...