Pages


Friday, March 25, 2011

Berbaik sangka dengan Allah

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-Mu. Terasa malu kerana diri ini masih banyak melakukan dosa. Namun hati mana mampu merasa senang atau melonjak gembira andai ada sahabat seperjuangan yang sedang berduka. Moga coretan ini mampu meredakan sedikit resah dihatimu.

After every hurricane, comes a rainbow.

Orang Islam awalan dahulu kerana mereka memilih agama Islam, meninggalkan agama datuk nenek mereka yang batil, mereka diseksa oleh musuh-musuh Islam. Didera, dipukul, dijemur di bawah panas terik mentari, dibakar dengan besi-besi panas, dibiarkan kelaparan dan bermacam lagi seksaan.

Mereka dirundung malang, namun cekal dan menerima dan menanggungnya atas dasar berbaik sangka dengan Allah. Ketahuilah, apabila seseorang hamba ditimpa sesuatu yang menyusahkan mereka, dia sebenarnya mendapat perhatian Allah. Allah ingin sekali mengangkat darjatnya. Dengan syarat hendaklah dia berbaik sangka dengan Allah. Pasti ada rencana yang lebih baik menanti. Anas b. Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):

"Jangan mati pun daripada kamu semua, sehinggalah ia berbaik sangka dengan apa sahaja yang dilakukan oleh Allah keatasnya, kerana sesungguhnya baik sangka dengan Allah SWT itu harganya (balasannya) adalah syurga Allah SWT. "

Abdullah Ibnu Umar r.a pernah berkata yang bermaksud:

"Tunjang agama dan kemuncak kecemerlangan seorang muslim dengan agamanya, adalah baik sangka dengan Allah SWT, dia akan masuk syurga Allah dengan mudah."

Abdullah Ibnu Mas'ud pernah berkata yang bermaksud:

"Demi Allah yang tidak ada Tuhan yang sebenar selain daripadaNya. Tidak ada orang yang berbaik sangka dengan Allah, melainkan Allah menganugerahkan kepadanya kebaikan melebihi dari baik sangkanya terhadap Allah SWT."

Sekiranya kita dirundung kesedihan, samada mahu menerimanya atau tidak, hal itu telah pun berlaku dan sedang berlaku. Bersabarlah kita sambil berusaha mengatasinya. Jika berjaya maka alhamdulillah. Andai tidak, apalah kiranya untuk kita bersabar lebih sedikit lagi. Sabar sebagai penawar. Maka apakah ada penawar lain selain dari bersabar?

Yang pasti Allah mengasihi dan menguji kita. Hingga bertemu nanti dalam keadaan Allah meredhai kita dan kita meredhai-Nya. Dugaan dan cabaran Allah tidak selama-lamanya dengan kesusahan dan kesakitan. Banyak orang yang kecundang apabila diuji dengan kesenangan dan kesihatan, tetapi lebih ramai yang berjaya menangani ujian Allah dengan kesakitan.

Sahabatku, moga terus bertahan dan bersabar. Anda lah antara orang yang beruntung tatkala menghadap Allah kelak.


Terbang berseorang?

atau beramai-ramai. Bukankah bersama itu lebih indah? :)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...