Pages


Monday, March 14, 2011

Truly Asian


Hebatnya ombak tsunami..tapi yang menjadikannya lagi Maha Hebat!

Dimanakah ekonomi yang hebat dan teguh dapat mengalahkan tentera Allah? Air merupakan salah satu tentera yang menggambarkan kehebatan-Nya. Maka hendaklah kita membina keruntuhan itu dengan mengingati Allah.

Meneladani kisah Fir'aun, raja yang hebat dan kaya-raya mati ditelan air bersama pengikutnya.




Kagum. Lihatlah bagaimana mereka melalui saat-saat getir seperti ini..



Baca di sini

* Tidak mengambil kesempatan mencuri barangan kedai.

* Mereka beratur untuk membeli barang keperluan.

* Tidak mementingkan diri dalam membeli barang. (Hanya membeli mengikut keperluan).

* Sentiasa memberi laluan kepada pemandu lain dan tidak membunyikan hon walaupun jam teruk.

* Menolong semua orang, tak kira bangsa dan agama.

* Tidak tolak-menolak semasa naik ke dalam bas atau teksi semasa semua kemudahan kereta api diberhentikan, sedangkan ketika itu semuanya risau akan keadaan keluarga masing-masing di rumah.

Teringat perkongsian dari sensei saya sewaktu kelas bahasa Jepun, mereka ini sangat mementingkan adat dan tradisi. Nilai-nilai murni dipegang teguh. Sungguh cantik dan sistematik.

Apa yang saya nyatakan di atas cumalah sebahagian dari sistem hidup mereka. Seperti kita yang menekankan bab akhlak, mereka diajar asas-asas adab. Berjalan sahaja di sekitar Jepun, pasti tak lekang ucapan 'ohayo' atau 'konnichiwa' walaupun kita ini asing bagi mereka.

Sayangnya kebanyakkan daripada mereka tidak beragama. Tapi mereka juga punya 'usrah'. Akan ada yang akan mengetuk pintu rumah setiap hari ahad. Tapi sensei saya buat dunno saje.

Berbicara tentang sikap. Rakyat Jepun sememangnya punya Islam dalam diri mereka. Asas moral yang mereka bina lebih kukuh berbanding kita. Andai mereka bertauhidkan Allah dijiwa, mungkin merekalah antara umat Nabi Muhammad S.A.W yang paling berkualiti, bi-iznillah.

Walaubagaimanapun mereka juga tetap menghadapi masalah yang sama dengan kita, yakni hiburan yang melampau. Yang sememangnya melalaikan diri dari matlamat hidup yang sebenar.


**To japanese, sorry for the direspectful and insensitive caricature. Am sure that Zoy really doesn't meant it. Gomennasai T.T


2 comments:

Afuan Shah said...

yulah..mereka masih mampu berdisiplin walaupun dlam keadaan darurat mcm tu..
rakyat negara kita patut contohi mereka..
sebenaqnya...tayah contohi depa pon takpa..
contohi sunnah Baginda n bepegang pada QUran sudah complete..dlm apa jua ujian..kesabaran yg penting..:)

p/s: tukaq kos x weh?

Afiqah Zulkifli said...

yep2

tuka, apply aed. doakan aku ya afuan :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...