Pages


Friday, April 8, 2011

Politik Machiavellian

Bila hampir dengan musim pilihanraya, habis semua aib lawan dilondehkan. Sedangkan perbuatan membuka aib manusia itu adalah suatu perbuatan yang keji dan besar dosanya di sisi Allah, melainkan hal tersebut melibatkan kezaliman terhadap manusia yang lain.

Pengesahan fakta tidak lagi menjadi penting bagi pihak yang mahu mengeksploit, tetapi persepsi yang tercetus daripada pendedahan itu yang mahu dimanfaatkan.

Lantas masyarakat akan melihat politik dalam kerangka yang buruk dan dipenuhi dengan taktik licik dan muslihat, akhirnya mengertikan politik secara machiavellian, yakni cenderung mengafirmasi segala cara untuk mengekalkan kekuasaan.

Di sini perlunya politik nilai disegarkan kembali. Jika tidak ramai lah yang akan berkata, "SAYA TIDAK SUKA POLITIK", maka "SAYA MENOLAK 1 JUZU' daripada ISLAM".

Ayuh kita berjuang atas dasar aqidah!


2 comments:

Zahra Ameerah said...

mantap :)

Afiqah Zulkifli said...

Belajar dari teman :)

Kena ikuti pedoman siasah Rasulullah s.a.w. Ganti politik kotor kepada politik bersih; kembali kepada politik Islam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...