Pages

Thursday, May 20, 2010

Pencuri Hati dan Iman


Semoga cinta yang hadir menguatkan CINTA pada ILAHI, bukan melemahkan rasa cinta pada yang HAQ.. Jadi carilah CINTA yang HALAL buat kita..


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Tatkala Nabi s.aw dan malaikat jibrail a.s berhenti di masjid, Nabi telah mengikat buraq di tiang berhampiran masjid sebagai mana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya. Tanya malaikat jibaril a.s, "kenapa ikat tali buraq itu pada tiang? Bukankah buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq kerana ia adalah makluk syurga."

Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Aku takut ummatku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan mengaggap ini adalah sunnah, padahal jaga (pelihara) dahulu harta kamu dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah".

Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam dituntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, barulah bertawakkal kepada Allah.

Pada diri kita,
Apakah harta yang paling berharga?

Hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat pada kita semua
ada result exam yang cemerlang, kereta, rumah, kerjaya yang bagus dan sebagainya.

W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.

Nikmat2 ni Allah bagi semua. Allah ‘am’ kan. Macam handphone, dulu org kaya je boleh pakai. Tapi la ni budak tadika pun boleh pakai. Begitulah juga nikmat dunia ni yang mana Allah bagi belaka walaupun orang tu buat maksiat, tak nak solat, minum arak dan mereka2 yang kafir dan murtad.


Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka?

Sebab dunia ini cuma sementara. Dunia ini hanyalah bangkai. Kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan akhirat sebelah kepak nyamuk aje pun, maka pasti Allah tak akan bagi walaupun seteguk air pada yang ingkar.

Donald Trump atau Bill gates sekalipun kalau mati tanpa iman, mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka. Tapi orang islam, walaupun ada iman sebesar zarah, pasti akan masuk syurga akhirnya.

Ada diceritakan syurga yang paling kecil. Tapi syurga yang paling kecil pun, 10 kali ganda lebih besar dari dunia! Malahan yang menjadi pemerintah pula lebih hebat berkali2 ganda dari kerajaan Nabi Sulaiman. Manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yang berharga, maka dah tentu ada pencuri.
Kereta kita kunci, rumah kita kunci. Sebab benda tu berharga dan takut ada orang curi.

Dah kunci baru tawakkal. Macam Nabi ikat buraq.

Oleh yang demikian, tentang iman yang paling paling berharga, lagilah pencuri suka!

Siapa pencuri iman?

Setanlah pencuri iman yg paling handal!

Pencuri tak ambil duit satu sen kita. Tak ambik gambar aweks kita.

Tapi setan bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walau sebesar zarah pun dia amik! Sebab mereka dah bersumpah untuk masukkan anak cucu Adam a.s sedaya-upayanya ke dalam neraka.

Setan faham sangat nilai iman

Setan tahu bahawa org yang ada iman sebesar zarah pun akan masuk syurga akhirnya. Jadi iman adalah yang paling berharga sekali dalam dunia ini

Kita tahu nilai gula, sekilo berapa ringgit?

dan kita juga tahu nilai emas, 1 gram berapa ringgit?

Tapi iman, dia punya measurement bukan takat kilo, gram, miligram, tapi zarah!!
Betapa berharganya iman sehingga satu zarah pun dikira ! Subhanaallah..

Maka kerana itulah setan akan usaha 100% untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah.

Bagaimana setan mencuri iman kita?

Huh! Dengan masukkan dunia yang busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati kita.

Melalui mata dengan terpaku pada dunia, mulut cakap hal2 dunia, telinga dengar kebesaran dunia dan otak hari2 dok fikir pasal dunia-dunia-dunia.

Ambillah dunia ini hanya sekadarnya, kerana kehidupan akhirat jua yang kekal abadi...

Allah cukup marah orang yang cakap urusan dunia kat masjid. Tertolak amalan kebaikkan.!

Iman ni macam darah dalam badan.

Jika kita tiru aksi mat remp-it, lalu kita tersalah ambik corner, dan lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek beruklah kita dan darah mula mencurah-curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba yang bocor.

Maka begitulah diibaratkan dengan iman.

Bila kita buat dosa, tersalah jalan hidup dan tersangkut ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah-curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat. Iman keluar seperti pili bomba bocor. Atau dalam hadith, seperti anak panah yang dilepaskan. Naudzubillah..

Akhirnya, jika mat remp-it tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka dia perlu dimasukkan darah ke dalam badannya.

Akan tetapi, darah yang nak dimasukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik demi setitik. Bergantung pada jumlah darah yang hilang. Maka dah tentu mengambil masa dan kena duduk lama-lama sikit kat hospital.

Begitulah juga kita semua termasuk saya sendiri terutamanya. Yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak berkurang, maka kenalah kerap masuk masjid atau surau.

Duduk dalam suasana iman lama-lama,

Telinga kena banyak dengar kebesaran Allah
Mata kena lihat banyak kebesaran Allah
Hati kena fikir banyak kebesaran Allah
dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah,

dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah. Sedikit-sedikit macam darah setitik2. Kena duduk lama-lama sikit dalam masjid. Lepas salam jangan terus lompat keluar masjid. Sebab itu adalah ciri-ciri orang munafik. Tak boleh lama dalam masjid. Macam burung dalam sangkar.

Tapi kalau ada orang yang terus keluar kena bersangka baik. Kalau tak kita pulak yang jadi munafik!

Dah tu pulak bila duduk dalam masjid kena duduk diam-diam. Kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting; jaga hati! Kalau tak nanti iman terhalang nak masuk ke dalam hati.

Hati ni macam tasik yang mana ada 4 sungai mengalir ke hati

Sungai mata, telinga, mulut dan minda.

Sekiranya salah satu anak sungai ni kotor, maka kotorlah seluruh hati.

Sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangakn 3 lagi ok. Maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikir baik, kerana kesemuanya mengalir ke tempat yang sama. Maka keempat-empat sumber ini sangat perlu di jaga! Jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, mulut dan lain-lain insyaAllah.

Setan akan usaha atas hati.

Tak menjelma pun ganggu kita punya solat. Tapi dia faham, dengan membisikkan pada hati perkara yakin pada selain Allah juga ada kuasa. Maka sudah berlaku syirik.

Apa itu syirik?

Syirik adalah bila kita yakin selain Allah pun ada kuasa. Macam kita yakin;

-Ubat boleh bagi sembuh

-Makan boleh kenyang

-Tidur boleh hilangkan ngantuk

-Insurans boleh menjamin masa depan

-dan bermacam-macam, lagi lah!

Bila kita yakin pada makhluk tanpa izin Allah, maka syiriklah kita!

Dan Allah telah berjanji akan mencampakan orang yang berlaku syirik ke neraka walaupun syirik kecil. Kerana itulah Allah dah janji, sesiapa yang buat jahat sebesar zarah pun, Allah akan kira. Dan Allah jua lah Tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI ! Subhanaallah..

Yang takde iman..isk3…

MEREKA KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story

Bila usaha atas hati berjaya, maka hati akan jadi baik. Dan baiklah seluruh anggota badan yang lain. InsyaAllah, takkala malaikat maut ambil nyawa kita kelak, maka dari hati yang penuh dengan kebesaran Allah, dapatlah mengucapkan kalimah La ila hail lallah.

Dan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tauhid di akhir kalam, syurgalah untuknya.

Moga-moga kitalah orangnya!
Selamat bermujahadah :)

Wednesday, May 19, 2010

Bangkok lumpuh!


Mungkinkah ini cash dari Allah SWT kepada Kerajaan Thailand selepas 5 tahun lebih peristiwa Tak Bai. Mereka tindas dan bunuh umat Islam di Pattani, Allah balas di Bangkok, bergaduh sesama sendiri !!


Setelah lama menjadi pemerhati pada pergolakkan yang berlaku di Thailand, rasa terpanggil untuk membuat entri tentang konflik yang berlaku.


Seperti yang kita sedia maklum, sejak beberapa hari lalu, krisis politik di negara Gajah Putih itu semakin buruk apabila penyokong baju merah yang pro kepada Thaksin Shinawatra menuntut pilihanraya diadakan bagi menggantikan kerajaan Abhisit Vejjajiva. Keadaan bertambah parah apabila bilangan kematian orang awam meningkat.

Hal ini mengingatkan saya pada kekejaman tentera Thai dalam peristiwa Tak Bai dan beberapa lagi peristiwa susulan yang berlaku di sana.

---------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan di tahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak-saudara mereka itu.

Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.

Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih. Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.

Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan."

Seluruh dunia mengerumuni umat Islam

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya,

"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu itu banyak sekali, tetapi umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi menjawab,
"Cinta
pada dunia dan takut pada mati"

Subhanaallah
Ayuh sahabat sekalian, kita angkat kembali darjat Islam !




Jasa orang berilmu..


Seperti biasa. Bila menjelma aje 16 Mei, orang yang paling excited semestinya adalah anak-anak guru !
Kemana la warisnya hadiah kalau bukan pada insan-insan ni ! huhu
Sedang asyik membelek2 hadiah, baru teringat nak wish cikgu dan lecturer
Saya pun wish la dengan menggunakan kredit ehsan daripada syarikat Celcom yang tetibe baik hati menghadiahkan kredit RM30



------------------------------------------------------------------------------


Untungnya guru.. Rasullullah S.A.W bersabda,
"Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah pahala amalannya kecuali 3 hal, anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya, sedekah jariyah dan ilmu yang bermanfaat.

Selamat Hari Guru, cikgu !
Semoga dimurahakan rezki, sihat tubuh badan, dipelihara iman, dipermudah segala urusan dan thabat dalam berjuang sebagai pendidik.

Khas buat :

Mak dan ayah,

andalah guru yang paling berjasa dalam hidupku..

guru sebelum aku masuk ke tadika lagi,
guru ketika waktu sekolah sudah tamat,
guru ketika waktu cuti,
guru setiap saat dalam hidupku..

juga buat guru-guru dan lecturer di
-Tadika Islam Irshadul Banat
-SK Sultan Abu Bakar (2)
-Sek Agama Bandar Maharani
-Sek Men Agama Persekutuan Kajang
-CFS IIUM

Semoga bahagia hidupmu dunia akhirat :)






Saturday, May 1, 2010

Bangkai malam dan himar siang

Bismillah walhamdulillah..
wassolatuwassalamu 'ala Rasulillah...

'amma ba'du,

Artikel ini utk saya terutamanya dan utk yg sedang membaca secara umumnya dan begitu juga untuk yg berdakwah secara khususnya.


Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:

إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ

“Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam al-Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk
MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr. Yusuf Qaradhawi menerangkan makna
tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:
“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”

Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepada-Nya. Sedangkan Allah telah mengkhususkan di penghujung malam adalah waktu untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”
-Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi, pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi, pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa!

Kalau kita rasa kita itu dah cukup baik dan bersih dari dosa, maka ini adalah penyakit hati. Tahajud adalah ibarat satu waktu seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janji? Kalau setiap hari macam ni, pastinya cinta tu tak lama.


KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya”
-Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitan yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?


BELENGGU DOSA


Fudail bin Iyad berkata:
إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك
“Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Oleh itu kita perlu untuk sentiasa bertaubat dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjaga tahajud dan menangis. Kaki dan tangan yang penuh maksiat tidak mampu digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Dan hati yang sentiasa ingat pada benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk bertahajud.


PASANGAN YANG BERTAHAJJUD


Selain dari itu, hendaklah kita mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين
“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

- Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.


Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Namun, kena lihat pada keadaan teman serumah tadi juga. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu, kita kena usahakan subuh dahulu barulah tahajud.



SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amatlah duka cita kerana masih terdapat ramai yang lewat solat subuh. Lebih sedih bila ianya terjadi pada ramai mahasiswa yang memperjuangkan agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program2 agama. Hal ini termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik, namun terlupa akan diri sendiri. Ibnu Mas’ud berkata:



إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن
“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya' berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”


TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita memberi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik2 manusia sebagai pemimpin, pendakwah, pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri). Namun tahajud tetap menjadi agenda wajib.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan, Saidatina Aisyah r.a berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه
“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.”
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya mementingkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bilamana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى
“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerana kelemahan mereka) atau pun sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.


Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga kita menjadikan kerja dan tanggungjawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerana kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.


MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.”Beliau bertanya, “Apa maharnya?” Bidadari menjawab, “Lama tahajud”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalik tirai sejak 500 tahun.”

Konklusi,

TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA TAK BUAT DOSA, TAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. HAL INI PERLU DIAMBIL BERAT KERANA DOSA DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK. ATAUPUN SEBAB HATI KITA RASA SUDAH SEMPURNA. DAN INILAH YANG PALING BAHAYA! ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI.


"Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang2 yg benar"
-surah at-Taubah:119

lepas baca, jgn dok saja...(buat diriku dan kawan2 yg asyik terleka)

THINK ABOUT IT !

DO SOMETHING !

Shift Your Paradigm

Umat Islam harus cemerlang
hari ini lebih baik dari semalam..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...