Pages


Saturday, March 12, 2011

Allahumma ihfazna


Bencana = Ungkapan manusia duniawi di atas kajian yang dibuat.

Bala = Balasan Allah S.W.T ke atas dosa-dosa manusia.



Kerdilnya kita di sisi Allah. Hanya dalam sekelip mata, musnah bangunan yang dibina bertahun lamanya. Innalilallahi wa inna ilaihi raaji'un.

Walau sejauh mana hebatnya, majunya ciptaan manusia, Dia jugalah Yang Maha Kuasa.

Dunia semakin tua, semakin hancur kerana tangan-tangan manusia. Dan amaran Allah sudah banyak. Beruntunglah buat mereka yang mengambil iktibar, yang celik mata hatinya.

Ada juga komentar di bawah video yang cuba menafikan bahawa tsunami ini adalah bukti kekuasaan Tuhan. Seakan tidak mengaku bahawa ada yang menguasai apa yang ada di langit dan di bumi.

Kebetulan, tajuk Al-kuliyyah pada hari tersebut (11Mac 2011) adalah berkaitan kajian ilmu falak. Kupasannya menarik.

Tunjuk perasaan di timur tengah, gempa bumi di New Zealand, banjir besar di Australia dan tsunami di Jepun.

Berturut-turut.

Masih adakah lagi keinsafan dalam diri kita?

Atau masih lalai dan belum puas dengan dunia?

Sekali bala menimpa, sekali insaf buat seketika.


1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...