Pages


Sunday, April 3, 2011

Industri yang dilacur

Antara usaha yang wajar dipuji. Namun siarannya masih kurang menyeluruh dan memberi impak. Pengaruhnya perlu diperluas.


Perlu realistik

Penghasilan filem atau drama genre islamik kini semakin rancak. Tak kurang juga filem-filem hantu. Justeru penggiat seni seharusnya menjaga tatasusila dan batas hukum. Tidak boleh tidak perlu merujuk pada ahli agama terlebih dahulu. Jangan kerana duit dan populariti, akidah umat Islam tergadai. Islam digubah menjadi songsang.

Mutakhir ini kita menyaksikan ramai seniman dan artis yang sudah kembali ke pangkal jalan. Akan tetapi kebanyakkan mereka menjauhkan diri daripada golongan seni. Mereka lari membawa agama.


Sebetulnya ada tindakan lebih baik yang dapat mereka lakukan. Kata Saidina Umar Al-Khattab setelah beliau memeluk Islam,

“Demi Allah, tidak ada suatu tempat yang dahulu saya gunakan untuk menyebarkan kejahilan kecuali tempat itu harus saya pergunakan untuk menyebarkan Islam”.

Drama TV dan produksi Islam

Maka perlunya kita menubuhkan syarikat produksi sendiri. Hal ini merupakan satu kewajipan fardhu kifayah yang ditanggung umat Islam masa kini. Betapa kita sangat-sangat memerlukannya. Tidak ada cara lain untuk menghalang radiasi negatif yang disebar luas oleh ejen-ejen barat.

Dr Yusuf Al-Qardhawi pernah menyentuh tentang golongan seniman dalam kitabnya, Fiqh al-Awlawiyyat ( Memahami keutamaan) menyebut,

“Dalam keadaan apa pun, bidang maklumat tidak boleh kita berikan kepada orang-orang yang tidak percaya kepada Islam sebagai rujukan yang tertinggi dalam kehidupan kaum muslimin dan jemaah muslimin, dalam bergaul, berfikir dan berperilaku".

Lalu, umat Islam perlu mempersiapkan diri dalam semua bidang kehidupan agar mampu menampilkan bahawa Islam mempunyai pelbagai kemampuan yang besar untuk setiap zaman.


3 comments:

Zahra Ameerah said...

betul, saya setuju,

ada sesetengah tu yang niat sudah baik, untuk membuat unsur islamik dalam kisahnya, tetapi caranya masih belum menyeluruh mengikut islam

Afiqah Zulkifli said...

Takut lain pula yang difaham oleh masyarakat kita.

Tahi lembu dicampur dengan gula memang la jadi manis, tapi tetap najis.

Mereka yang berkelulusan agama sangat dialu2kan untuk terjun dalam bidang ni.

Al Basirah said...

saya percaya industri hiburan mampu menjadi medium dakwah yang baik dan berkesan. Remaja2 sekarang jarang berada di masjid untuk mendengar hal agama, mungkin melalui filem atau lagu mereka dapat didedahkan dgn islam :) -ini pendapat salah seorang blogger...

Rasul masuk kedalam bidang perniagaan yang dahulunya kotor lalu membersihkannya. kenapa tidak kita membersihakan bidang hiburan yang jijik itu :)waallahalam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...